DISKUSI PMRM

Makalah 1
SULTAN DAN PERLEMBAGAAN
(SUATU TINJAUAN SINGKAT SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA)
Oleh Ilham Mhd Yasir
===============000=================
I. PENGENALAN
Malaysia ialah salah sebuah negara di rantau Asia Tenggara yang hingga ke hari ini masih mengekalkan sistem beraja. Dalam masyarakat Melayu asli, Raja Melayu merupakan raja yang mempunyai kuasa mutlak. Namun, akibat transformasi yang berlangsung sejak bertahun-tahun telah merubah dari sistem beraja mutlak menjadi raja berperlembagaan.
Mengenali Malaysia secara lebih mendalam kita perlu melihat sejarah Malaysia ke belakang. Salah satu perkara yang dapat memberi arah kita dalam memahami Malaysia ialah mengenali sistem perlembagaan di Malaysia (sistem ketatanegaraan). Pebincangan mengenai sistem perlembagaan, maka kita akan membicarakan tentang sistem Beraja (Sultan) dan sistem Perlembagaan Malaysia yang menjadi dasar tertulis pembentukan Malaysia.
Tulisan ini disajikan keharibaan kawan-kawan Persatuan Mahasiswa Riau Malaysia (PMRM), yang begitu berminat untuk membedah tentang Malaysia. Kendati, hanya sedikit mengupas tentang perjalanan sejarah pembentukan Malaysia. Namun, ddari tulisan ini diharapkan akan mampu membuka minda kita semua untuk lebih jauh lagi mengupas tentang perjalanan Malaysia, sehinggalah wujud rupa Malaysia seperti hari ini. Untuk memudahkan, penulis mencuba membahagikan pembahasan dalam beberapa bahagian. Pertama, sejarah kerajaan Melayu tradisional ( - 1874 M). Kedua, raja pada zaman pemerintahan British (1874 – 1942 M). Ketiga, Raja dan Malayan Union (1946 – 1948). Ketiga, Persekutuan Tanah Melayu. Keempat, Perlembagaan Malaysia.

II. KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL
Sistem politik negeri Melayu pada awal abad ke-19 berbentuk hierarki. Di atas sekali ialah raja, yaitu Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan dan kemudiannya diikuti oleh pembesar atau orang besar di daerah. Pembesar daerah bertanggungjawab mengawasi sebjumlah kampung yang setiap satunya diketuai oleh penghulu. Sultan kebanyakan negeri tidak mempunyai kekuasaan atau mengawasi pemerintahan secara leluasa. Lazimnya, Sultan hanya menguasai suatu daerah diraja dan bertindak sebagai ketua daerah. Di samping itu, Sultan juga menjadi ketua sistem politik negeri. Peranan Sultan adalah sebagai lambang dan untuk menjaga kesatuan di dalam suatu negeri.
Sultan dipilih daripada keturunan raja-raja dan dianugerahkan kuasa yang tinggi. Sultan menurut orang Melayu pada masa dulu adalah kudus. Semasa pengukuhannya, Sultan diberikan kuasa dan taraf suci yang khusus. Dipercayai bahwa orang Melayu yang meremehkan kuasa Sultan akan ditimpa tulah, dan Sultan juga dipercayai sebagai berdarah putih. Oleh itu keagungan Sultan selalunya dilambangkan melalui alat kebesaran yang terdiri daripada intan, berlian, senjata, pakaian, dan kelengkapan lain.
Orang Melayu membahasakan diri mereka sebagai ‘patik’ kepada Raja atau Sultan.Dan Sultan memiliki semua tanah dalam wilayah pemerintahannya. Undang-undang juga telah dikatakan menjadi ‘milik’ Raja. Sultan yang memerintah memiliki undang-undang yang merupakan gabungan antara undang-undang adat dan undang-undang Islam.

III. RAJA PADA ZAMAN BRITISH (1874 – 1942 M)
Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu bermula daripada permintaan Raja-Raja Melayu, apabila berlaku pertikaian antara pembesar dengan raja dan perselisihan antara kalangan Raja itu sendiri. Setiap Raja hanya mempercayai bahwa suatu pertikaian dengan pihak British saja dapat memperkukuh kedaulatan Sultan. Walaupun perikatan itu ditentang oleh anak watan yang dipimpin oleh para pembesar telah ditanda tangani antara tahun 1874 – 1930. Peruntukan itu tidak hanya dalam hal ehwal luar negeri, bahkan British juga ikut campur tangan ke dalam hal ehwal dalam negeri di negeri-negeri Melayu.
Pertubuhan negeri-negeri Melayu naungan negeri-negeri Melayu bersekutu dan negeri-negeri Melayu tak bersekutu, bukanlah merupakan dasar pentadbiran jangka panjang kerajaan imperial itu. Penubuhan ini lebih bertujuan komersial memandangkan ia hasil usaha rakyat British yang berniaga di sini. Hakekat ini semakin menguatkan, pendapat yang mengatakan bahwa penjajahan bermula daripada perdagangan, bukannya perdagangan bermula dari penjajahan.
Dasar tidak campur tangan British di negeri-negeri Melayu telah dipatuhi dengan ketat dari tahun 1867 hingga tahun 1873. Keadaan negeri-negeri Melayu Semenanjung sepanjang tahun tersebut jauh daripada apa yang diharapkan dan semakin merosot. Jelas sekali perpecahan sedang berlaku yang seterusnya akan mengakibatkan anarki dan perang saudara.
Di samping perpecahan dalam negeri berlaku juga kemasukan beramai-ramai kaum Cina yang tidak terkawal, terutamanya untuk mencari bijih timah. Keadaan ini membawa kepada campur tangan British yang bermula di Perak pada tahun 1874. Kemasukan beramai-ramai pelombong Cina mengakibatkan huru-hara yang diburukkan lagi dengan pertikaian yang sudah menjadi kelaziman bagi merebut takhta.
Menjelang tahun 1873, keadaan tersebut menjadi semakin teruk dan menunjukkan bahwa perang saudara di tanah besar akan merebak ke Pulau Pinang. Salah seorang yang menuntut takhta Perak yaitu Raja Muda Abdullah telah meminta perlindungan dan bantuan British dalam mengawal negeri. Pihak British merasakan bahwa mereka perlu menyelamatkan negeri-negeri yang subur dan banyak hasil ini daripada musnah lalu membuat perjanjian pertama yang merupakan salah satu persetiaan yang dibuat negeri-negeri Melayu.

IV. RAJA DAN MALAYAN UNION (1946 – 1948)
Selepas PD II, rancangan baru telah dibuat untuk mewujudkan negeri unitary di Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah rancangan itu, negeri-negeri Melayu bersekutu dan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu, dan negeri-negeri Selat yaitu Melaka, P Pinang, disatukan menjadi unit politik yang bersepadu dinamai Malayan Union. Malayan Union bukanlah negeri yang merdeka dan bukan juga Tanah Jajahan British. Ia tidak diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi, tetapi sebaliknya diperintah oleh seorang Gubernur.
Raja-raja Melayu terus mengekalkan kedudukan lama mereka, yaitu memerintah bersama-sama dengan Majelis Penasehat yang dilantik oleh Sultan sendiri, tetapi tertakluk pada kelulusan Gubernur. Mereka diperuntukkan kuasa perundangan yang terbatas atas perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam tetapi bukan dalam soal pemungutan zakat. Perundanga demikian dibuat oleh raja hendaklah atas persetujuan Gabernur.
Di bawah Malayan Union kuasa, kuasa eksekutif dan kuasa perundangan terletak keapda Gabernur. Terdapat dua Majelis; yaitu Majelis Mesyuarat Kerajaan Majelis Perundangan dalam union ini. Majelis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Gabernur sebagai Yang Dipertua,Ketua Setiusaha, Peguam Negara, Setiusaha Kewangan dan tujuh ahli lain yang akan dilantik oleh Ratu British. Dalam menjalankan kekuasaan eksekutif dalam Malayan Union, Gabernur akan dinasihati oleh Majelis Mesyuarat Kerajaan, namun begitu beliau tidak terikat apapun kewajiban untuk meminta nasihat tersebut.
Dalam Malayan Union, Raja-Raja Melayu sebahagian besar kekuasaannya telah dilucutkan. Namun, Raja masih tetap dikekalkan sebagai Ketua Negara. Oleh itu, Raja kehilangan hak tradisi kedaulatan atas negerinya sendiri. Raja tidak lagi memimpin Majelis Negeri dan tidak pula memegang kekuasaaan di dalamnya. Raja hanya sebagai nama saja, dan mengekalkan tanda lain atau symbol luaran pemerintahan seperti takhta, istana, dan gaji. Raja hanya mempunyai sebuah Majelis Penasihat, yang mana Raja, yang mana Raja akan menjadi Yang Dipertuannya, manakala ahlinya akan dilantik oleh beliau.

V. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Perlembagaan Persekutuan didasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang diadakan secara bersama antara kerajaan Inggeris dengan Raja-Raja Melayu, dan juga didasarkan kepada satu siri perjanjian antara kerajaan Inggeris dengan sembilan raja Melayu yang diadakan secara individu. Dalam Perjanjian Persekutuan, ada dinyatakan bahwa Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu dan negeri-negeri selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Di bawah Perjanjian Persekutuan, kerajaan Inggeris akan kekal mengawal sepenuhnya pertahanan dan hal ehwal luar negeri bagi Persekutuan. Selanjutnya, bagi maksud ke arah usaha berpemerintahan sendiri, sebuah Majelis Perundangan Persekutuan telah ditubuhkan, yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi sebagai Yang Dipertua, tiga orang ahli ex officio, Ketua Setiusaha, Peguam Negara, Setiusaha Kewangan, sembilan orang Ketua Menteri bagi negeri-negeri Melayu dan seorang wakil dariapda setiap Majelis Ngeri Selat, yang akan menjadi ahli tidak rasmi.
Perjanjian 1948 juga membuat peruntukan mengenai penubuhan Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada kesemua sembilan Raja Melayu dan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi. Majlis ini akan menimbang draf perundangan, draf skim gaji baru atau penyusunan semua yang utama bagi mana-mana jabatan atau khidmat kerajaan Persekutuan. Adalah menjadi tugas Pesuruhjaya Tinggi untuk menjelaskan dasar kerajaan Persekutuan yang berkaitan dengan soal-soal penting bagi semua negeri Melayu kepada Raja-Raja sambil memastikan pandangan Baginda mengenai perkara-perkara itu. Begitu juga setiap Raja bertanggungjawab memberitahu Pesuruhjaya Tinggi tentang semua perkara yang pada pendapat Baginda berfaedah ataupun memudaratkan kebajikan negerinya sedara menyeluruh supaya Pesuruhjaya Tinggi dapat memastikan pandangan Majlis bagi perkara tersebut.

VI. PERLEMBAGAAN MALAYSIA
A. Pengenalan
Perlembagaan ----digunakan di Malaysia------ sama dengan istilah lain Constitution atau di Indonesia lebih selalu menggunakan isitilah ‘Konstitusi’ atau hukum dasar. Selanjutnya untuk lebih memudahkan perbahasan akan mengunakan istilah perlembagaan. Suatu kekhilafan dalam pandangan orang mengenai perlembagaan pada negara-negara modern, maka pengertian perelembagaan itu kemudian disamakan dengan undang-undang dasar. Kekhilafan ini disebabkan oleh faham kodifikasi yang menghendaki semua peraturan hukum ditulis, demi mencapai kesatuan hukum dan kepastian. Padahal, lihat misalnya perlembagaan Inggeris atau lebih dikenal piagam Magna Charta adalah suatu perlembagaan tidak tertulis. Piagam ini dibuat dari semasa ke semasa semenjak beberapa kurun dan adat resam yang telah dianggap oleh rakyat Inggeris sebagai perlembagaan. Meski, ada perlembagaan tidak terulis, namun pengaruh faham kodifikasi tetap begitu besar sehingga setiap peraturan hukum ini harus ditulis, dan perlembagaan yang ditulis ini disebut Undang-Undang Dasar.

B. Definisi Perlembagaan
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Ia menerangkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh berbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunya oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang Tertinggi Negara dan Perlembagaan. Ia menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, dan pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain.

C. Kandungan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan mempunyai tiga aspek yang saling berkait. Kewibawaan dan kekekalan perlembagaan bergantung kepada ketiga-tiga aspek ini. Iaitu aspek kerohanian perlembagaan, peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan perlembagaan. Aspek kerohanian ialah salah satu working document yang semestinya hidup, bukanlah kepingan-kepingan kertas, tetapi semestinya mempunyai ‘jiwa’ atau ‘idealismenya’. Kontrak social itu tidak akan hidup jika semata-mata saranan undang-undang yang beku.
Aspek peruntukan bahwa pada dasarnya Perlembagaan Persekutuan terdiri dari 181 artikel. Bentuknya disusun rapi di dalam 14 bahagian. Ada bahagian yang dipecahkan pula ke dalam bab-bab. Terdadpat 19 bab kesemuanya. Artikel 181 pula dipecahkan pula ke dalam beberapa jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Sementara aspek perlaksanaan perlembagaan, mengandungi maksud bahwa kewibawaan perlembagaan juga bergantung kepada keupayaan pelaksanaan semua peruntukan dalam perlembagaan, iaitu dilaksanakan dalam konteks semangat dan kerohanian. Satu persoalan pelaksanaannya adalah persoalan pindaaan perlembagaan dalam menghadapi perubahan sosiopolitik atau ekologi sosial masyarakat Malaysia tadi.

E. Isi Penting Dalam Perlembagaan Malaysia
Agama Islam
Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ketua agama Islam bagai setiap negeri ialah Sultan. Bagi negeri yang tidak mempunya Sultan, ketua agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara 11 memperuntukkan bahwa tiap-tiap orang berhak menganuti, mengamalkan dan mengambangkan agama masing-masing. Undang-Undang Persekutuan dan Undang-Undang Negeri mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa itikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.

Kewarganegaraan
Undang-undang kewarganegaraan Malaysia bermula pada tahun 1948. Ia merupakan tolak ansur antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu yang dikehendaki Inggeris sebagai syarat memberi kemerdekaan kepada Malaysia. Berdasarkan kewarganegaraan inilah kerajaan Malaysia memberikan beberapa keistimewaan kepada warganegaraanya. Antara keistimewaan itu ialah: hanya warganegara saja yang diberikan hak memegang jawatan, terutamnya jawatan penting; warganegara bebas bergerak; hanya warganegara saja boleh masuk dalam angkatan tentera; mendapat berbagai kemudahan seperti faedah kebajikan masyarakat, pelajaran dan kesihatan; dan warganegara berhak mendapatkan perlindungan dan pertolongan daripada negara.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu telah diakui sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Ini dapat dilihat dalam Perjanjian Persekutuan 1948 yang menyatakan Pesuruhjaya Tinggi bagi Persekutuan Tanah Melayu adalah bertanggungjawab menjaga keistimewaan orang Melayu dan hak-hak berpatutan kaum lain. Dilihat dari segi undang-undang, kedudukan istimewa orang Melayu merupakan suatu pengecualian kepada hak asasi yang tidak membenarkan wujudnya diskriminasi antara kaum tetapi dari segi moral dan hakikat sebenar. Ia bukan suatu pengecualian bahkan merupakan satu faktor yang mewujudkan kesamarataan antara Melayu dengan kaum lain. Kedudukan keistimewaan orang Melayu merupakan tolak ansur dengan orang bukan Melayu, dan orang bukan Melayu mendapat kerakyatan. Peruntukan ini diadakan kerana memandangkan kedudukan ekonomi, taraf sosial dan pelajaran yang dimiliki oleh orang Melayu jauh ketiggalan bila berbanding dengan kaum lain.

VII. KESIMPULAN
Melakukan kajian mengenai Malaysia secara integral, kita tidak akan dapat melepaskan diri dari bagian sejarah Malaysia. Kita perlu suatu gambaran tentang Malaysia ketika meletakkan sendi-sendi negara, proses tawar menawar dengan British hinggalah Malaysia mencapai puncak independensinya pada 31 Agustus 1957. Dari hasil kajian penelusuran literature penulis dapat membuat beberapa kesimpulan sebagai beriukut :
1. Malaysia adalah salah satu negara yang masih tetap mempertahankan sistem beraja sampai ke hari ini.
2. Sebelum kedatangan Inggeris, Tanah Melayu dikuasai oleh Raja-Raja Melayu. Antara mereka tidak ada hubungan secara kekuasaan, namun secara budaya mereka memiliki kesamaan.
3. Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu pada awal abad ke-19 secara tidak langsung telah ikut campur tangan didalam pemerintahan Raja-Raja Melayu. Campur tangan Inggeris, baik secara langsung diminta oleh Raja-Raja Melayu mahupun secara tidak langsung kerana Inggeris punya kepentingan perdagangan.
4. Untuk mendukung kepentingan Inggeris di Tanah Melayu, akhirnya Inggeris menyarankan kepada Raja-Raja Melayu untuk disatukan dalam Malayan Union (1946 – 1948). Namun, usulan ini ditolak kerana semakin memperkecil bidang kuasa Raja-Raja Melayu, dan secara tidak langsung memberi kuasa yang besar kepada Inggeris .
5. Kegagalan Malayan Union, akhirnya membawa kepada suatu arah perjanjian yang saling menjaga keseimbangan kepentingan antara Inggeris dan Raja-Raja Melayu. Maka, akhirnya pada tahun 1948 terbentuklah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
6. Sebagai kelanjutan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dirancang untuk membentuk Malaysia sebagai suatu negara yang berdiri sendiri. Berbagai siri perjanjian dibaut antara Inggeris dan Raja-Raja Melayu, salah satunya adalah perumusan pembentukan Perlembagaan Persekutuan, sebagai dasar berdirinya negara Malaysia, yang kemudian disytiharkan pada 31 Agustus 1957.

VIII. SARANAN
Pemahaman secara mendalam, akan lebih memudahkan melihat Malaysia sebagai sebuah entity yang lebih maju satu langkah kehadapan bila dibandingkan Indonesia. Kendati kajian ini hanya bersifat literature karena terbatasnya waktu yang dimiliki kawan-kawan, namun sepaling tidak secara sederhana telah memberikan gambaran tentang Malaysia. Terutama bagi kawan-kawan para intelektual muda Riau di Persatuan Mahasiwa Riau Malaysia (PMRM), kebiasaan seperti ini amatlah perlu. Pengalaman empirik ketika kawan-kawan berada di Malaysia, tanpa mahu mencelikkan mata melihat kondisi sebenar sangatlah merugi. Sepaling tidak, kajian literature seperti ini akan bermanfaat sebagai suatu perbandingan untuk menatap Indonesia dan khususnya Riau dalam menentukan format pembangunannya di masa hadapan. Semoga ruang kajian kecil ini bermanfaat, dan niat mulia ini diberkahi Allah. Amin. Selamat Berdiskusi!!

Malaysia, 17 September 2005

Rujukan:

I. Buku
Mohammad Idris Saleh Dkk. Sejarah Pembangunan Bangsa Dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distirbutors Sdn Bhd, 1994.
Mohd Kusnardi Dan Harmaily Ibrahim. Hukum Tata Negara Indonesia. Jakarta: Pusat Studi Hukum Tata Negara Fakultas Hukum Universitas Indonesia,1988.
Muhammad Kamil Awang. Sultan Dan Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2001.
Wu Min Aun.Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia. Kuala Lumpur: Heineman Educational Books. 1981

II. Statut
Perlembagaan Persekutuan. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Undang-Undang Dasar 1945. 2004. http//.www.hukumonline.com, 15 September 2005

III. Kertas Kerja
Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (dikenali sebagai Laporan Suruhanjaya Reid), Kolonial 330, Fasal 23, hlm. 11.

**Makalah ini disampaikan dalam diskusi kajian kelompok kecil bersama saudara Mukhtar di PMRM. Kelompok kajian tersebut -----belum punya nama----- merupakan suatu komitmen dan panggilan nurani ketika melihat persoalan-persoalan kompleks di daerah yang belum berpenghujung. Setidakya, ketika melihat kondisi Malaysia suatu pencerahan pemikiran dan optimisme akan lahir terutamnya dari kaum intelektual muda Riau.

Makalah 2

KEADAAN SOSIAL EKONOMI POLITIK ORANG MELAYU DI AWAL KEMERDEKAAN

Oleh : Mukhtar_lukity

Pebincangan mengenai keadaan sosio-ekonomi dan sosio-politik Malaysia pada awal kemerdekaan tidak terlepas dari analisis setruktur dan fungsi struktur yang telah lama dibangun melalui proses sejarah yang panjang. Struktur masyarakat melayu sudah terbiasa warisan budaya feudal dimana institusi diraja mempunyai peranan dan fungsi sangat dominan, begitu juga halnya dimasa penjajahan suasana feudalistik masih terasa kuat dan ditambah lagi dengan kuatnya pengaruh penjajah. Hingga pada awal kemerdekaan Malaysia peranan golongan kerajaan masih kuat. Sistem ekonomi elit pada masa feudal ternyata telah memberikan sumbangan kepada orang-orang luar lebih leluasa menguasai sector-sektor ekonomi.

Struktur ekonomi masyarakat yang berlapis diperingkat atas yang dikuasi oleh golongan bangsawan sebagai kapital dan juga aristoktat. Sementara kelas bawahan adalah orang-rang melayu yang hidup sebagai petani sawah dan jumlahnya mayoritas sacara berangsur-angsur telah meminggirkan orang melayu dari sektor penguasaan ekonomi politik. Lebih gawatnya lagi ketika kuasa penjajah mempunyai peranan yang besar dalam hal politik orang melayu semakin terpojok, sebaliknya orang cina mengambil keuntungan dengan cara mengabil alih segala bidang pernigaan dan pekebunan, dan justru mereka berkerajasama dengan kepantingan penjajah dengan mnguasai perkebunan karet dan wawit. Semakin terpinggirlah orang melayu kerana meraka hanya dapat mengelola pertanian di lahan sisa yang sempit dan tingkat kesbuburanya sangat rendah. (Afiffudin & Omar Shaleh. 2004). Kenyataan diatas merupakan infestasi yang cukup besar bagi terciptanya kesenjangan ekonomi antara orang melayu dengan orang cina, dan persoalan ini pulalah yang memicu terjadinya perkelahian ras pada 13 Mei 1969.

Pada awal kemerdekaan tahun 1957, struktur politik tidak berbeda jauh dengan kondisi sebelumnya, hanya proses aliran kekuasaan saja yang bertukar. Bila sebelumnya aliran kekuasan itu dipegang oleh penjajah, pada masa awal kemerdekaan kekuasan dipegang oleh elit politik yang mayoriti adalah golongan diraja. Corak dan sistem perlembagaan politik sangat kental dengan campuran antara anasir-anasir feudalistik dan kolonial, dan ini merupakan persoalan yang sangat unik dalam proses transformasi politik diawal kemerdekaan malayisa.

Bila diamati dari perspetif sisologi-politik hal yang sedemikan itu tidak mampu memberikan produktifitas yang tinggi bagi usahawan melayu untuk menguasi sektor-sektor ekonomi dan perdangan. Tidak seperti pengalaman sejarah negara-negara maju seperti Jepang, Amirika Serikat dan Eropa Barat. Di Eropa misalnya ketika penguasan struktur birokrasi diambil alih oleh anak-anak negeri pada masa Revolusi Pertanian, menjadi satu alasan yang kuat bagi munculnya golongan usahawan pribumi yang membidani lahirnya Revolusi Industri di Inggris. Fenomena ini tidak terjadi di Malaysia dan tidak dikehendaki terjadi kerana kuasa penjajah mengingkan satu kontrak sosial yang terbuhul dalam satu integrasi lintas entik, dan ini menjadi peket perundingan untuk mencapai kemerdekaan dari Inggris

Persoalan lain yang penting untuk diberikan perhatian adalah menyangkut masalah integritas pemimpin melayu di awal kemerdekaan. Pada awal kemerdekaan OMNO sebagai partai pemimpin kerajan perikatan dibanjiri oleh golongan cendekia dari kampong, guru-guru, pegwai rendah kerajaan, ulama dan sebagian golongan terpelajar dari bekas pegawai tinggi penjajah. Pada masa itu mereka sadar betapa pentingnya usaha memperkuat dan memberikan keutamaan sektor ekonomi bagi orang-orang melayu. Tapi malangnya para pemimpin OMNO pada waktu itu tidak tahu bagaiman caranya memperkuat basis ekonomi orang melayu. Hingga ada satu kejadian pada waktu itu ada seorang menteri pertanian mengusulkan pembuatan pabrik pupuk Urea untuk mendongkrak hasil sektor pertanian, karena usulan itu dia dipecat dari mentri dan disingkirkan dari pimpinan politik OMNO. Ini menunjukan betapa rendahnya kualitas pimpinan melayu pada awal kemerdekaan., atau munngkin karena pada awal kemerdekaan semangat perjuangan pimpinan politik melayu tertumpu kepada perjuang yang bersifat sosial budaya semata, mereka berjuang untuk menegakkan nilai teras kebudayaan melayu. Memang perjuangan mereka telah bershasil meletakan bahasa dan budaya melayu sebagai teras kebangsaan Malaysia serta menjadikan Islam sebagai agama resmi negara.

Tapi persolan ekonomi, bagai mana mengangkat taraf hidup orang melayu yang sangat rendah terabaikan, bahkan para pemimpin mereka terjebak dengan kehidupan yang bermewah-megah. Kesenjangan ekonomi yang begitu besar antara orang cina dan orang melayu ibarat bom waktu yang kapan saja siap meledak, dan peristiwa itu terjadi pada tanggal 13 mei 1969. berdasarkan pengalaman inilah kemudian Malaysia meletakan dasar-dasar ekonomi baru (DEB) oleh Tun Abdul razak , dalam upaya mengangkat pengusaan sumber ekonomi dari 1,48 % menjadi 30 % pada tahun 1990.

Bacaan

Afiffudin & Omar Shaleh. 2004. Perubahan entity Melayu; antara ketuanan dan tuntutan global dalam kerangka wawasan ekonomi-politik. Bangi: UKM

Syed Husin Ali. 2004. Demokrasi di Malaysia suatu pendidikan asas mengenainya. Bangi:UKM

Zainal Kling. 1985. Konsep budaya kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti